KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi lebih baik Wall Street, diterajui oleh sektor-sektor teknologi besar, kata seorang penganalisis.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.91 mata kepada 1,381.59 daripada 1,376.68 pada penutup Jumaat.
Indeks utama dibuka 2.71 mata lebih baik pada 1,379.39.
Pergerakan harga di pasaran positif menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 177 berbalas 114, manakala 252 kaunter tidak berubah, 1,715 tidak diniagakan dan 40 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 228.81 juta unit bernilai RM87.32 juta.
Menurut Naib Presiden Penyelidikan Eekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, sentimen telah berubah menjadi berhati-hati kerana peniaga menjangkakan keadaan tidak menentu akan terus meningkat.
Beliau berkata Purata Perindustrian Dow Jones memperoleh 285 mata manakala Nasdaq melonjak 196 mata walaupun hasil 10 tahun AS berakhir melebihi paras 3.8 peratus pada 3.841 peratus.
Thong berkata Indeks Hang Seng Hong Kong ditutup rendah sedikit kerana aktiviti ekonomi masih lesu selepas sektor pembuatan China menguncup manakala permintaan pinjaman menyusut pada suku kedua.
"Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia dijadual bermesyuarat pada Rabu dan Khamis ini. Walaupun kami percaya kadar dasar semalaman (OPR) tidak akan diselaraskan minggu ini, sentimen dijangka kekal rapuh.
"Justeru, indeks utama diunjur berlegar dalam julat 1,370-1,380 hari ini," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing menambah empat sen kepada RM8.67 dan RM3.89, CIMB dan IHH Healthcare kedua-duanya naik dua sen menjadi RM5.08 dan RM5.91 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM9.05.
Bagi saham aktif, BTM Resources meningkat satu sen kepada 10 sen, Tanco dan Jade Marvel masing-masing lebih tinggi setengah sen kepada 58 sen dan 21.5 sen, Cypark Resources susut tiga sen kepada 72 sen dan PT Resources lemah satu sen menjadi 53 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 31.73 mata kepada 10,173.07, Indeks FBMT 100 meraih 31.29 mata kepada 9,875.29 sementara Indeks FBM ACE meningkat 19.85 mata kepada 5,087.87.
Indeks FBM Emas Syariah meraih 20.37 mata kepada 10,435.24 dan Indeks FBM 70 memperoleh 26.27 mata kepada 13,410.85.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 62.52 mata kepada 15,395.39, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.34 mata menjadi 157.26 dan Indeks Tenaga mengembang 2.02 mata kepada 776.11.
Bagaimanapun, Indeks Perladangan susut 3.18 mata kepada 6,695.47.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.91 mata kepada 1,381.59 daripada 1,376.68 pada penutup Jumaat.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman
Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.
Anak Malaysia pertama dinobat Juara Trader Dunia 2024 Kejohanan Dunia
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.
Mahkamah arah Tokio Marine beri jawapan kepada tawaran terbaik RHB dalam tempoh 14 hari
Tokio Marine masih mempunyai hak penolakan pertama di bawah perjanjian pengaturan bankasurans 10 tahun dengan RHB, yang akan tamat pada 31 Disember 2024.
Bursa Malaysia dibuka rendah ketika Wall Street catat prestasi bercampur-campur
Setakat 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan sebanyak 1.60 mata kepada 1,596.58 berbanding pada paras 1,598.18, semalam.
Kehakiman interim: Bursa tarik balik penggantungan saham Sarawak Cable sambil dapatkan penjelasan mahkamah
Saham syarikat itu digantung daripada dagangan pada Selasa, dan bursa membenarkan saham itu disambung semula dagangan pada 21 November 2024.
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street.
Bursa Malaysia akhiri kenaikan awal untuk ditutup tidak menentu
Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan yang dicatatkan lebih awal dengan ditutup tidak menentu pada Selasa, dalam keadaan pasaran serantau yang lebih positif.