Bursa gantung jualan singkat SP Setia

Bernama
Ogos 15, 2024 06:21 MYT
Bursa Malaysia menjelaskan penggantungan tersebut berikutan saham syarikat itu merosot lebih 15 peratus daripada harga rujukan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia menggantung jualan singkat SP Setia Bhd bagi baki tempoh hari ini selepas penyusutan harga yang ketara.
Menerusi kenyataan pada Khamis, bursa menjelaskan penggantungan tersebut berikutan saham syarikat itu merosot lebih 15 peratus daripada harga rujukan.
Jualan singkat di bawah IDSS hanya akan diaktifkan pada hari dagangan berikutnya, Jumaat 16 Ogos, 2024 pada pukul 8.30 pagi.
-- BERNAMA
#Bursa Malaysia #gantung jualan singkat #SP Setia #penyusutan harga yang ketara