Bursa AS bercampur, Nasdaq kekal tinggi

Astro Awani
Februari 10, 2021 08:09 MYT
Pelabur beralih kepada sektor yang dilihat akan mendapat manfaat daripada pelan rangsangan AS$1.9 trilion. - AP
NEW YORK: Bursa di Amerika Syarikat (AS) ditutup bercampur, namun Nasdaq meneruskan kenaikan pada Selasa.
Menurut Reuters, pelabur beralih kepada sektor yang dilihat akan mendapat manfaat daripada pelan rangsangan AS$1.9 trilion.
Namun penganalisis memberi peringatan yang varian COVID-19 dan sebarang cabaran program vaksinasi akan menjejaskan sentimen positif.
Pada penutup, indeks jatuh 9 mata, S&P 500 jatuh 4 mata dan Nasdaq naik 20 mata.
#Nasdaq #Dow Jones #COVID-19 #program vaksinasi #Bursa Amerika Syarikat #S&P 500
;