Bursa, anak syarikat ditutup Isnin sempena Aidiladha
Bernama
Julai 7, 2022 08:40 MYT
Julai 7, 2022 08:40 MYT
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd dan anak-anak syarikatnya akan ditutup pada Isnin (11 Julai, 2022) bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada hari sebelumnya.
"Operasi akan disambung semula pada 12 Julai, 2022," menurut pengendali bursa itu dalam kenyataan pada Rabu.
-- BERNAMA