Burberry tolak beberapa tawaran pengambilalihan daripada Coach
Agensi
Disember 4, 2016 07:58 MYT
Disember 4, 2016 07:58 MYT
Jenama fesyen mewah British, Burberry telah menolak beberapa tawaran pengambilalihan daripada jenama pembuat beg tangan dari Amerika Syarikat (AS) Coach Inc, lapor Financial Times.
Nilai pasaran jika dua syarikat itu bergabung dianggarkan berjumlah AS$20 bilion.
Laporan itu menyatakan cadangan yang dibuat syarikat Coach tersebut adalah tidak rasmi termasuk menjangkakan pengambilalihan tunai dan saham Burberry.
Bagaimanapun, tawaran tersebut masih kurang jelas dan pihak Burberry sendiri belum mengesahkan sama ada sudah membuat rundingan secara serius dengan Coach.
Pada Oktober, Reuters yang memetik sumber tentang khabar pengambilalihan tersebut, menyatakan bahawa kedua-dua syarikat belum membuat sebarang pertemuan rasmi.
Setakat ini belum ada pihak yang telah mengulas tentang perkembangan tersebut.