BSN tawar 5 Skim Mikro Kredit PEMERKASA, bantu usahawan terjejas COVID-19
Ehsan A Marisah
Julai 26, 2021 14:05 MYT
Julai 26, 2021 14:05 MYT
KHAS buat usahawan mikro yang terjejas akibat pandemik COVID-19, ini adalah berita gembira dan peluang untuk anda meneruskan kelangsungan perniagaan.
Bank Simpanan Nasional (BSN) menyeru para usahawan mikro yang terjejas untuk membuat permohonan pembiayaan segera melalui Skim Mikro Kredit PEMERKASA yang disediakan bermula 1 April yang lalu.
Skim Mikro Kredit PEMERKASA ini menyediakan bantuan kewangan sehingga RM50,000 dengan kadar keuntungan sebanyak tiga peratus (3%) dan tempoh pembiayaan antara satu (1) hingga lima setengah (5.5) tahun. Pembayaran ansuran bulanan hanya akan bermula selepas bulan keenam.
BSN menawarkan lima (5) pilihan skim pembiayaan Islamik dan konvensional seperti berikut:
1. BSN Micro/i PEMERKASA bagi perusahaan mikro yang mempunyai syarikat milikan tunggal, perkongsian atau syarikat Sdn. Bhd yang memerlukan dana untuk modal kerja dan pembelian aset.
Kelayakan:
- Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang dalam proses pemulihan perniagaan akibat pandemik COVID-19.
- Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
- Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
Kelayakan:
- Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/Perkongsian/Syarikat Sdn. Bhd) yang dimiliki oleh usahawan wanita, iaitu sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh usahawan wanita dan dalam proses pemulihan perniagaan akibat pandemik COVID-19.
- Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
- Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
Kelayakan:
- Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang dimiliki oleh usahawan belia berusia 30 tahun dan ke bawah, iaitu sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh usahawan belia yang berdaftar seperti tersebut di atas dan dalam proses pemulihan perniagaan akibat pandemik COVID-19.
- Dimiliki oleh Warganegara Malaysia.
- Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
Kelayakan:
- Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang dimiliki oleh Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh OKU dan dalam proses pemulihan perniagaan akibat pandemik COVID-19.
- Dimiliki oleh Warganegara Malaysia.
- Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan.
Kelayakan:
- Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang dalam proses pemulihan perniagaan akibat pandemik COVID-19.
- Dimiliki oleh Warganegara Malaysia.
- Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya lima (5) tahun.
- Peruncitan dan pemborongan
- Pembuatan
- Perkhidmatan
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
#BSN
#Skim Mikro Kredit PEMERKASA
#bantuan kewangan
#usahawan
#PENJANA
#Belia
#OKU
#COVID-19
#skim pembiayaan
#wanita
#peruncitan
#pemborongan
#pandemik
#PEMERKASA