Boost Bank terima kebenaran beroperasi mulai 15 Januari

Amanz
Januari 9, 2024 10:20 MYT
Lesen bank digital Boost diterima oleh konsortium yang turut disertai oleh RHB. - Foto Amanz
BOOST pada Isnin mengumumkan telah menerima kebenaran Bank Negara Malaysia untuk menjalankan operasi perbankan digital mereka di Malaysia, berkuat kuasa mulai 15 Januari 2024.
Selari dengan pengumuman tersebut, pihak Boost juga telah menerbitkan sebuah laman sehenti yang berkongsi lanjut mengenai perbankan digital berkenaan.
Untuk makluman, lesen bank digital Boost ini diterima oleh konsortium yang turut disertai oleh RHB.
Di bawah konsortium ini, Boost mempunyai pegangan sebanyak 60%, dan RHB 40%.
Mengikut laman sehenti, bank digital berkenaan dilihat akan dijenamakan sebagai Boost Bank.
Ujian alpha untuk bank digital ini akan dimulakan secara berfasa melibatkan sejumlah kecil pengguna sebelum diperluaskan.
Tarikh pengenalan rasmi untuk Boost Bank ini masih tidak diumumkan lagi buat masa ini.
#Boost Bank #Bank Negara Malaysia #perbankan digital #laman sehenti
;