BookDoc hasrat jalin kerjasama dengan negara di Asia Tenggara
Pritha Manivannan
November 3, 2015 17:01 MYT
November 3, 2015 17:01 MYT
BookDoc menerusi aplikasi mudah alihnya merancang untuk mengembangkan perniagaannya ke negara lain di Asia Tenggara dalam tempoh terdekat.
Menurut pengasas BookDoc, Datuk Chevy Beh, menerusi aplikasi ditawarkan ia adalah antara inisiatif BookDoc bagi menggalakkan sektor pelancongan perubatan di Malaysia.
Menurut Chevy, BookDoc akan mengembangkan perniagaannya ke Hong Kong dan Singapura menjelang bulan depan.
Pada masa sama, beliau berharap perbincangan jalinan kerjasama bersama Indonesia dan Thailand akan diumumkan dalam tempoh dua bulan akan datang.
" Kita juga akan bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi strategik untuk membantu kita menjadikan pengalaman pelancongan perubatan ke Malaysia mudah" kata beliau.
Tambahnya lagi fokus BookDoc adalah untuk meningkatkan akses kepada aspek penjagaan kesihatan.
Beliau turut berkata, BookDoc akan menambah lebih banyak fungsi pada masa akan datang
"Konsep kita adalah untuk menberikan pengguna kuasa dan menikmati perkhidmatan penjagaan kesihatan yang demokratik" kata beliau.
Susulan Perjanjian Persefahaman antara BookDoc dan Hospital Mata Tun Hussein Onn bulan lepas, BookDoc bakal memeterai satu lagi perjanjian persefahaman dengan sebuah hospital jantung di Malaysia minggu depan.
#applikasi
#Asia Tenggara
#BOOKDOC
#Buku
#Chevy Beh
#Hong Kong
#Hospital Mata Tun Hussein Onn
#Singapura