Bonus faktor utama pekerja kekal dalam organisasi

Astro Awani
Februari 23, 2016 13:05 MYT
Dapatan itu adalah berdasarkan satu kaji selidik oleh Jobstreet.com yang dilakukan terhadap 3,858 responden. - Gambar fail
Pemberian bonus antara faktor utama pekerja untuk terus kekal dalam sesebuah syarikat.
Dapatan itu adalah berdasarkan satu kaji selidik oleh Jobstreet.com yang dilakukan terhadap 3,858 responden.
Responden berkenaan ditanyakan soalan adakah bonus menyumbang kepada anda kekal lama dalam syarikat?"
Hasil kaji selidik mendapati 75 peratus daripada mereka kekal bekerja disebabkan skim bonus yang ditawarkan majikan.
Bagaimanapun, 37 peratus berpendapat pemberian bonus bukanlah faktor mereka untuk kekal dalam syarikat.
Sejumlah 26 peratus daripada responden menjangkakan bonus yang sama manakala 18 peratus lagi menjangka bonus yang lebih rendah.
Ini kerana menurut mereka syarikat mereka menyaksikan penurunan keuntungan berbanding tahun sebelumnya.
Sementara itu, 56 peratus daripada responden menjangkakan kenaikan gaji pada hujung tahun.
#menurut Jobstreet.com #Pemberian bonus antara faktor utama pekerja untuk terus kekal dalam sesebuah syarikat #skim bonus
;