Pembayaran subsidi bagi faedah pinjaman perumahan boleh dilaksanakan sekiranya majikan diberi insentif cukai oleh kerajaan.
Menurut pengarah eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan, ketiadaan insentif seumpama itu akan meningkatkan kos operasi syarikat dan organisasi.
"Buat masa ini memanglah kebanyakan majikan tidak akan mampu menanggung kos operasi yang meningkat. Dan majikan yang memberi faedah berkenaan juga tidak diberikan sebarang insentif seperti pelepasan cukai dan sebagainya," ujar beliau yang dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Shamsuddin berkata demikian sebagai susulan saranan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mencadangkan agar majikan memberi subsidi bagi faedah pinjaman perumahan kepada pekerja.
Tambahnya, ia juga tidak akan memberi impak yang besar kepada pekerja kerana subsidi berkenaan ketika ini turut dikenakan cukai oleh kerajaan.
"Pekerja juga tidak mendapat faedah yang besar kerana subsidi sedemikian dikira sebagai pendapatan dan akan dikenakan cukai," kata beliau.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar majikan yang memberikan subsidi diberi pengurangan cukai berganda.
Selain itu, kata Shamsuddin, subsidi yang diterima pekerja itu juga haruslah dikecualikan cukai oleh kerajaan agar mereka dapat menikmati sepenuhnya manfaat berkenaan.
Beliau berkata sekiranya isu ini dapat diatasi, majikan berkemungkinan dapat memberi subsidi sehingga separuh daripada kadar faedah pinjaman perumahan kepada pekerja mereka.
"Keseluruhan subsidi yang boleh diberikan mungkin boleh mencapai kadar separuh daripada faedah yang dikenakan institusi kewangan dan ini dapat mengurangkan kos sara hidup pekerja.
"Kalau institusi kewangan mengenakan 6 peratus, mungkin subsidi yang boleh diberikan adalah 3 peratus," kata beliau.
Pada Rabu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan agar majikan memberi subsidi bagi faedah pinjaman perumahan kepada pekerja bagi membantu meringankan beban pekerja yang ingin membeli kediaman.
Setiausaha Agungnya, N. Gopal Kishnam berkata pemberian subsidi itu akan menyokong inisiatif kerajaan dalam menyediakan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Nurulhana Ismail
Thu Apr 14 2016

Pembayaran subsidi bagi faedah pinjaman perumahan kepada pekerja boleh dilaksanakan sekiranya majikan diberi insentif cukai oleh kerajaan, kata Shamsuddin Bardan. -Gambar fail
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

MEF lantik Sheikh Farouk sebagai CEO berkuat kuasa 1 Januari 2025
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melantik Sheikh Farouk Sheik Mohamed sebagai ketua eksekutifnya berkuat kuasa 1 Jan 2025.

Dasar tangani buli siber di tempat kerja perlu diperkukuhkan - MEF
Katanya, kegiatan buli kini semakin parah apabila cara lama membuli kini diperluaskan kepada bentuk baharu, iaitu buli di alam siber.

MEF bantah kenaikan yuran Fomema, pemeriksaan perubatan pekerja asing makin kerap
MEF berkata syarikat-syarikat hanya mengetahui tentang kenaikan yuran dan kekerapan pemeriksaan apabila melawat laman web Fomema.

MEF tak setuju majikan diwajibkan bayar elaun pelatih
MEF tidak bersetuju syarikat swasta diwajibkan membayar elaun kepada pelatih industri, sebaliknya perlu mengikut budi bicara mereka.

Bukan masa sesuai tingkatkan umur persaraan - MEF
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) tidak bersetuju sekiranya usia persaraan di sektor lain turut ditingkatkan kepada 61 tahun.

Insentif Kerjaya Madani 2023 galak majikan menggaji kumpulan sasar - MEF
Syed Hussain berkata, hal ini dapat menangani isu kekurangan tenaga kerja yang dihadapi dan meningkatkan keyakinan pelabur.

MEF seru dasar pengeluaran KWSP disemak semula
MEF menyeru agar dasar pengeluaran KWSP dikaji semula, dengan mengambil kira umur persaraan minimum semasa Malaysia iaitu 60 tahun.

Penggabungan KWSP-Perkeso tidak praktikal - MEF
Penggabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bukanlah satu tindakan yang praktikal untuk dilaksanakan, kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Tidak perlu pengeluaran KWSP, fokus subsidi - MEF
Shamsuddin berkata jika pencarum tidak mempunyai wang mencukupi untuk bersara, maka mereka pasti akan menghadapi masalah.

MEF cadangkan rangka kerja komprehensif bagi kekalkan bakat Malaysia yang kembali di bawah REP
Syed Hussain menggesa kerajaan memberi perhatian khusus kepada mereka yang kembali bekerja di negara ini melalui program itu.