BOJ tamatkan dasar kadar faedah negatif, kawalan lengkungan hasil

Astro Awani
Mac 19, 2024 12:25 MYT
Orang ramai berjalan melepasi bendera Jepun di sebuah kawasan membeli-belah di Tokyo, Jepun, 19 Mac 2024. - REUTERS
TOKYO: Bank Pusat Jepun (BOJ) pada Selasa memutuskan untuk menamatkan dasar kadar faedah negatif (NIRP) dan kawalan lengkungan hasil (YCC) yang diperkenalkan pada lapan tahun lalu.
Ia berikutan persetujuan syarikat-syarikat besar Jepun menaikkan gaji sebanyak 5.28 peratus bagi 2024 yang dilihat boleh meningkatkan lagi kadar inflasi.
Ini merupakan kenaikan NIRP pertama Jepun sejak 2007, menandakan peralihan penting daripada program rangsangan besar.
Gabenor BOJ, Kazuo Ueda dijangka mengadakan sidang media dalam masa terdekat untuk menjelaskan keputusan tersebut.
Di bawah NIRP yang diperkenal sejak 2016, BOJ telah mengenakan caj 0.1 peratus kepada sekumpulan kecil lebihan rizab institusi kewangan yang menyimpan dengan mereka.
"Dengan kadar inflasi melebihi sasaran 2 peratus BOJ selama lebih setahun, ramai peserta pasaran menjangkakan bank pusat itu akan keluar dari dasar monetarinya yang sangat longgar pada Mac atau April," tambahnya.
BOJ telah mengadakan mesyuarat dasar monetarinya pada 18-19 Mac, seiring Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat yang dijadualkan pada 19-20 Mac ini.
Bank pusat itu memperkenalkan kadar negatif dan YCC pada 2016 kerana inflasi yang lemah memaksanya untuk mengubah suai program rangsangannya kepada yang lebih mampan.
#Jepun #Inflasi #dasar monetari #dasar kadar faedah negatif
;