BNM kekal OPR pada 3 peratus

Bernama
November 23, 2016 15:35 MYT
Menurut Bank Negara, pada kadar semasa OPR, tahap akomodatif monetari adalah konsisten dengan pendirian dasar untuk memastikan ekonomi dalam negeri terus berada pada landasan pertumbuhan yang mampan. - Gambar fail
Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini.
Menurut bank pusat, pada kadar semasa OPR, tahap akomodatif monetari adalah konsisten dengan pendirian dasar untuk memastikan ekonomi dalam negeri terus berada pada landasan pertumbuhan yang mampan dalam keadaan inflasi yang stabil, disokong oleh pengantaraan kewangan dalam ekonomi yang terus kukuh.
"Risiko ketidakseimbangan kewangan telah dapat dibendung. Bagaimanapun, MPC akan terus memantau risiko ini bagi memastikan prospek pertumbuhan keseluruhan yang mampan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. -- Bernama
#Bank Negara #Jawatankuasa Dasar Monetari #kadar dasar semalaman #MPC #OPR