KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan status quo kadar dasar semalaman (OPR) semasa mesyuarat jawatankuasa dasar monetari (MPC) pada Julai tahun ini, disokong oleh kestabilan makroekonomi semasa Malaysia, kata seorang ahli ekonomi.
Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI Shan Saeed berkata bank pusat telah menetapkan matlamat monetari yang bijak dan berhemat. Sehubungan itu, ia berjaya mengekalkan kestabilan harga, monetari serta pertumbuhan dan yang paling penting kestabilan struktur ringgit.
"Pada Oktober 2022, ringgit diniagakan pada RM4.78 dan orang ramai mula mengandaikan yang mata wang tempatan akan mencecah RM5.50 dan RM6 berbanding dolar AS dan ringgit akan jatuh merudum. Kami tidak setuju dengan pandangan ini.
"Pada 24 Nov, 2022 apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM ke-10, ringgit diniagakan pada RM4.48 berbanding dolar AS. Unit tempatan meningkat 1.5 peratus dalam tempoh kurang daripada empat jam selepas pengumuman itu dibuat.
"Bagi tahun ini, ringgit dijangka diniagakan antara paras RM4.10 dan RM4.37 berbanding dolar AS dan harga minyak bergerak antara paras US$83 dan US$127 setong," katanya kepada Bernama.
Shan berkata ringgit akan disokong oleh tiga pembolehubah, iaitu harga minyak tinggi, keluaran dalam negara kasar (KDNK) yang dijangka berkembang antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus dan kestabilan makroekonomi.
Beliau juga berpandangan lawatan Anwar ke China baru-baru ini akan menyaksikan lonjakan dalam perdagangan bersama-sama dengan kestabilan makroekonomi dan harga komoditi tinggi.
"Selain itu, defisit belanjawan dan nisbah hutang berbanding KDNK Malaysia dijangka turun kerana negara akan mendapat manfaat daripada harga komoditi tinggi, yang memberi ruang kepada pergerakan fiskal. Jadi BNM dijangka terus mengekalkan OPR," katanya.
Shan juga menegaskan penghargaan perlu diberikan kepada Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus kerana beliau telah mengambil langkah lebih awal yang berhemat pada 2020.
Gabenor, katanya, telah menurun OPR daripada tiga peratus kepada 1.75 peratus dan secara perlahan-lahan dan sangat berstruktur telah menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas yang menunjukkan keyakinan BNM terhadap ekonomi.
Sementara itu, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat telah menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas, dan beberapa bank pusat lain malahan sehingga 200 mata asas. Ia menunjukkan situasi panik bank-bank pusat tersebut, katanya.
"Gabenor BNM telah mengambil beberapa langkah bijak dan BNM menjalankan tugas dengan baik. Dengan OPR berada pada 2.75 peratus ketika ini, saya percaya tidak perlu untuk menaikkan kadar, yang mana ia akan merangsang pertumbuhan KDNK. Apa yang paling penting adalah angka eksport makin meningkat.
"Kami optimis dengan prospek ekonomi Malaysia pada 2023," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023

Shan berkata ringgit akan disokong oleh tiga pembolehubah, iaitu harga minyak tinggi, KDNK yang dijangka berkembang antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus dan kestabilan makroekonomi. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus.

Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar
Keputusan yang bijak bagi pembeli rumah pertama adalah untuk membeli hartanah apabila tawaran harga yang diterima adalah munasabah dan berbaloi dengan keadaan kewangan.

BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus pada 2025
Bank Negara Malaysia dijangka akan mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang 2025, berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan keputusan OPR
Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.05 mata kepada 1,639.22 daripada 1,634.17 ketika ditutup pada Rabu.

FBM KLCI meningkat pada sesi pembukaan menjelang keputusan OPR, pilihan raya presiden AS
Indeks utama Bursa Malaysia meningkat pada sesi pembukaan pada Rabu, dengan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1,615 hingga 1,625 mata.

Prinsip BNM kekal, keputusan OPR ditentukan oleh keadaan domestik - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata paras semasa OPR pada 3.00 peratus juga adalah kondusif dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia.

OPR dijangka kekal, ringgit diunjur 4.25 berbanding dolar AS akhir 2024 - Kenanga
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi tempoh 12-15 bulan akan datang.

Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dalam persekitaran jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

OPR diunjur kekal 3% hingga akhir 2024, inflasi, KDNK pertimbangan utama BNM - AmInvestment
AmInvestment Bank Research berkata, Bank Negara Malaysia akan terus bergantung kepada data dalam keputusan dasar monetarinya.