BNM akan selaraskan kriteria pinjaman perumahan

Pritha Manivannan
Mac 3, 2016 07:48 MYT
BNM berkata pemohon boleh membandingkan pakej pinjaman beberapa institusi kewangan dan memilih pakej yang lebih sesuai - Foto Wikipedia
Bank Negara Malaysia (BNM) akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan industri perbankan bagi menyelaras kriteria meluluskan pembiayaan perumahan dan meningkatkan kemampuan pemohon.
Menurut kenyataan akhbar BNM, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menasihati pemohon supaya lebih rasional dalam pengurusan kewangan dan hutang.
Sementara itu, pemohon dinasihati memberikan maklumat yang tepat semasa memohon pinjaman untuk memastikan penilaian yang objektif dilakukan institusi kewangan.
Penilaian ini adalah untuk memastikan pemohon mempunyai kapasiti untuk membayar balik pinjaman tersebut dan mempunyai kewangan yang stabil untuk menampung kos sara hidup dalam keadaan mencabar.
BNM berkata pemohon boleh membandingkan pakej pinjaman beberapa institusi kewangan dan memilih pakej yang lebih sesuai.
Tambahnya, pemohon yang tidak mampu mendapat pinjaman boleh menyewa rumah.
#Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit #AKPK #Bank Negara Malaysia #BNM
;