Blackberry lancar Blackberry Passport di Malaysia

Bernama
September 26, 2014 17:02 MYT
Blackberry lancar Blackberry Passport di Malaysia
BlackBerry Ltd, peneraju global dalam telekomunikasi mudah alih, baru-baru ini memperkenal BlackBerry Passport baharu dengan skrin sentuh persegi yang lebih besar serta papan kekunci sentuh QWERTY, di Malaysia.
Telefon itu dijual pada harga runcit RM2,399 menerusi syarikat pengedar sah BlackBerry, Celcom, mulai 10 Okt, 2014 dan rakan lain mulai 1 Nov, katanya dalam satu kenyataan.
Syarikat itu berkata peranti itu disasarkan kepada profesional perniagaan yang mementingka produktiviti, yang mahukan telefon pintar yang memberi kuasa kepada mereka bersama perkakasan mudah alih yang diperlukan untuk menjalankan kerja, tanpa mengetepikan gaya dan mudah dibawa.
Pengarah Urusan Blackberry bagi Indochina Ben Quirin berkata pengenalan reka bentuk skrin persegi pertama BlackBerry dan papan kekunci sentuhan telefon pintar itu merupakan kejayaan penting bagi syarikat itu.
Peranti itu dilengkapi sistem operasi 10.3 BlackBerry, yang membolehkan Pengguna meningkatkan produktiviti dan bekerjasama dengan lebih berkesan.
#BlackBerry #Blackberry Passport
;