BIMB lantik Tan Sri Ambrin sebagai Pengerusi
Bernama
Januari 30, 2018 05:38 MYT
Januari 30, 2018 05:38 MYT
BIMB Holdings Bhd melantik bekas ketua audit negara Tan Sri Ambrin Buang, sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutifnya yang baharu .
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, BIMB berkata pelantikan itu berkuat kuasa 2 Feb, 2018.
Ambrin kini memegang jawatan Pengerusi di Alliance IFA (M) Sdn Bhd dan Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd.
-- BERNAMA