Beli Sabella, peluang menang hadiah menarik setiap hari!

Ehsan A Marisah
April 22, 2021 20:09 MYT
Peraduan Menang Sejuta Sabella - Beli Setiap Hari, Menang Setiap Hari berlangsung sehingga 31 Julai ini. - FOTO Sabella
JENAMA pakaian yang terkenal dengan slogan ‘baju tanpa gosok’, Sabella Holding Sdn Bhd (Sabella) tampil menghargai pelanggan setianya menerusi ‘Peraduan Menang Sejuta Sabella - Beli Setiap Hari, Menang Setiap Hari’.
Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Sufian Sulaiman berkata, peraduan tersebut merupakan inisiatif pihaknya untuk berkongsi rezeki dan mengajak lebih ramai orang untuk menyertainya.
“Caranya mudah sahaja untuk terima hadiah menarik ini, iaitu pelanggan hanya perlu membeli produk bernilai sekurang-kurangnya RM100 melalui aplikasi Sabella dan pemenang akan dipilih berdasarkan kekerapan melakukan transaksi.
“Jadi, jangan terlepas peluang untuk sertai kerana ia masih berlangsung sehingga 31 Julai ini,” katanya kepada Astro AWANI baru-baru ini.
Dalam pada itu, beliau menambah, pelbagai hadiah menarik menanti para pelanggan yang pastinya bakal mengukir kegembiraan dan keceriaan.
“Antara hadiah yang diberikan termasuklah RM500 untuk tiga orang setiap hari, pakej umrah untuk dua orang, Vespa, telefon pintar iPhone dan wang tunai sehingga RM100,000.
“Pelanggan juga berpeluang menang sebuah Proton X50, Proton Iriz dan pakej melancong ke Korea Selatan,” katanya.
Terdahulu, pemenang bulan Mac telah dikejutkan dengan kehadiran pelakon dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein yang menyampaikan hadiah tersebut kepada para pemenang.
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, boleh melayari www.sabella.com.my atau memuat turun aplikasi Sabella di Google Play Store dan Apple Store.
Sabella | Hargai pelanggan melalui Peraduan Menang Sejuta
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
#Sabella #peraduan #baju tanpa gosok #Sufian Sulaiman #iPhone #Korea Selatan #Proton #pakej umrah #Peraduan Menang Sejuta Sabella
;