Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini membentang Belanjawan Selangor 2017 yang mencecah RM3.45 bilion, dengan 52 peratus dari belanjawan tersebut bakal diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan.
Dalam ucapan beliau, Mohamed Azmin turut mengumumkan rizab kerajaan negeri kini berjumlah RM3.62 bilion, iaitu satu peningkatan berbanding RM3.26 bilion pada tahun lalu.
Tambahnya, sehingga Oktober tahun ini, kerajaan negeri mencatatkan kutipan hasil RM2.27 bilion iaitu peningkatan 101 peratus, berbanding tahun lalu.
"Belanjawan 2017 dijangka akan mengalami defisit berjumlah RM900 juta berpunca dari peningkatan substantif dalam perbelanjaan pembangunan untuk memenuhi keperluan pembangunan mampan yang berkualiti untuk rakyat.
"Pembentangan belanjawan defisit ini mencerminkan sikap jujur dan disiplin fiskal kerajaan negeri dalam membuat perancangan.
"Pengalaman dua belanjawan yang lalu membuktikan usaha dan dedikasi penjawat awam dalam mengamalkan perbelanjaan berhemah, memperkukuh budaya kerja cekap dalam memungut hasil dan membasmi pembaziran serta ketirisan telah berjaya mengubah belanjawan defisit kepada sebuah belanjawan yang berimbang," katanya.
Menurut Mohamed Azmin, prestasi kewangan semasa kerajaan negeri mencatat lebihan semasa berjumlah RM351.38 juta.
Antara pengumuman yang dibuat sewaktu pembentangan termasuklah pengenalan Skim Perlindungan Perubatan dan Kesihatan yang menawarkan khidmat jagaan percuma bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah.
Skim tersebut yang juga dikenali sebagai Skim Peduli Sihat bakal mendapat peruntukkan RM125 juta untuk tujuan pelaksanaan.
Azmin berkata skim ini akan memberi perkhidmatan kesihatan kepada 250 ribu keluarga atau sejuta rakyat Selangor berpendapatan isi rumah bawah RM3,000.
Menurutnya perbelanjaan perkhidmatan kesihatan negara pada 4.2% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merupakan rendah berbanding peratusan yang dicadangkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) iaitu sekurang-kurangnya 5%.
"Skim Peduli Sihat akan diuruskan oleh Selgate Corporation selaku Third-Party Healthcare Administrator yang akan membiayai rawatan kesihatan asas bagi setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun.
"Penerima skim ini boleh mendapat rawatan di 1,000 buah klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang.
"Mereka yang dilahirkan atau telah menetap lebih 10 tahun di Selangor layak untuk menyertai skim ini. Pendaftaran boleh dilakukan di Pejabat Ahli Dewan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah, klinik-klinik berdaftar termasuk pendaftaran atas talian dengan menyertakan bukti atau pengesahan pendapatan," katanya.
Selain itu, kerajaan negeri turut menambah peruntukan mencegah denggi dan Zika kepada RM5 juta, berbanding RM1.5 juta yang diperuntukkan tahun ini.
Selangor mencatatkan jumlah kes denggi tertinggi di negara ini dengan lebih 45,000 kes tahun ini.
Nuradilla Noorazam
Mon Oct 31 2016
Dua beradik jual ikan 'sekoq dua kupang', bantu golongan memerlukan
Dua beradik, Mohamad Syamil Zulkifli dan Mohamad Shauki Zulkifli mengambil inisiatif menjual ikan seekor 20 sen bagi membantu golongan memerlukan.
Jeneral Joseph Aoun dipilih sebagai Presiden Lubnan yang baharu
Pelantikan Jeneral Joseph Aoun bagi mengisi kekosongan jawatan presiden, dengan seorang jeneral yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.
Donald Trump beri penghormatan terakhir untuk Jimmy Carter
Lawatan ini menandakan kali pertama beliau kembali ke Capitol sejak rusuhan ganas yang berlaku pada 6 Januari 2021.
74 kanak-kanak di Gaza terbunuh minggu pertama 2025 - UNICEF
Serangan "waktu malam" oleh Israel di kawasan seperti Bandaraya Gaza, yang dianggap sebagai “zon selamat telah meragut nyawa kanak-kanak.
Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.
Lelaki warga Amerika Syarikat yang dikehendaki ditahan di Indonesia
lelaki berkenaan yang dikenali sebagai "TJC" dan berusia 43 tahun dilapor tiba di Jakarta dari Malaysia pada 4 Disember tahun lalu.
Kiosk Sentuhan MADANI permudah akses orang ramai kepada perkhidmatan kerajaan
Inisiatif itu menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di kawasan tumpuan ramai dengan jangka masa operasi yang lebih panjang, sekaligus memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan awam.
Malaysia anjur dialog hak asasi manusia, alam sekitar
Malaysia menganjurkan Dialog Hak Asasi Manusia dan Hak Alam Sekitar yang julung kali diadakan di Putrajaya pada Khamis.
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - Jais
Pemakluman awam kepada waris untuk membuat pengecaman plot kubur ahli keluarga sebelum 5 Januari dan pemakluman kerja-kerja pengalihan kubur pada 6 Januari hingga 9 Januari telah dibuat oleh JAIS.
Konsert Pinkfish: Polis rakam keterangan individu dirawat di PPUM
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata individu berkenaan telah dibenarkan keluar dari PPUM semalam selepas lebih seminggu dirawat di PPUM.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.