Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Astro Awani
Oktober 18, 2024 20:39 MYT
Oktober 18, 2024 20:39 MYT
KUALA LUMPUR : Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Kementerian Pendidikan Tinggi diperuntukkan sebanyak RM18 bilion, meningkat berbanding RM16.3 bilion pada tahun sebelumnya.
Berikut adalah lima inisiatif utama yang diperuntukkan dalam Belanjawan MADANI bagi sektor pendidikan tinggi.
1. Dana Biasiswa, Pinjaman dan Elaun Pendidikan Berjumlah RM4 Bilion
*Sebanyak RM4 bilion diperuntukkan dalam bentuk biasiswa, pinjaman, dan elaun pendidikan bagi memudahkan anak-anak melanjutkan pelajaran ke universiti.
* GLIC dan GLC turut komited dengan memastikan 50 peratus daripada biasiswa ini disalurkan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, sekaligus membuka peluang pendidikan yang lebih luas kepada mereka.
2. Dana PTPTN untuk Pelajar Bidang STEM
* PTPTN menyediakan dana sebanyak RM500 juta bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang STEM di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
|* Insentif Tabungan Pendidikan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
* Di bawah inisiatif Ikhtiar Geran Padanan Ihsan (GAPAI), geran padanan sehingga RM5,000 akan diberikan kepada keluarga berpendapatan sehingga RM6,000 yang menyimpan dalam akaun SSPN bagi pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPT.
3. Program Celik MADANI untuk Pelajar Baharu
* Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan melaksanakan Program Celik MADANI yang membolehkan pembukaan akaun ASB bernilai RM50 secara percuma kepada 100,000 pelajar baharu yang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.
* Inisiatif-inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan keluarga tetapi juga memastikan anak-anak Malaysia mendapat akses kepada pendidikan tinggi yang berkualiti.
Belanjawan 2025 merupakan belanjawan ketiga dibentangkan di bawah Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, pada Jumaat.