Belanjawan 2025 dibentang 18 Okt ini - Fahmi

Madiha Abdullah
Julai 12, 2024 17:03 MYT
Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil ketika sidang media selepas mesyuarat Pasca Kabinet di kementeriannya hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Pembentangan Belanjawan 2025 dijadualkan pada 18 Oktober depan.
Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan semua menteri mengadakan sesi dialog dengan pemegang taruh di kementerian masing-masing bagi mendapatkan maklum balas.
"Hasrat perdana menteri adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada industri dan pemegang taruh mengenai dasar, insentif, program, pelaksanaan, kekangan dan cabaran.
"Ini akan dibawa semula untuk penelitian di peringkat Kementerian Kewangan agar dapat disesuaikan dengan Belanjawan 2025 nanti," kata jurucakap kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, dalam sidang media mingguannya.
Belanjawan 2025 mengetengahkan tema Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera akan dipacu oleh pendekatan Ekonomi Madani.
Langkah tersebut disokong dengan tumpuan terhadap aspek penanda aras disasarkan dalam kerangka Ekonomi Madani, termasuk membolehkan Malaysia menjadi ekonomi utama di Asia Tenggara.
#Belanjawan 2025 #Fahmi Fadzil #Kerajaan Perpaduan #Dewan Rakyat #dibentang #Anwar Ibrahim #Kementerian Kewangan