Belanjawan 2025: Bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam

Hasimi Muhamad
Oktober 18, 2024 18:41 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan khas itu diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Berita gembira untuk penjawat awam apabila kerajaan bersetuju memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM500.
Mengumumkan perkara itu dalam Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan khas tersebut diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
"Bantuan khas ini diberikan juga kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak Rm250. Ini disalurkan pada Februari.
"Pada Disember ada kenaikan, bulan Januari ada kenaikan dan Februari ada bonus, Alhamdulillah," katanya di Dewan Rakyat.
Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata selaras dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), pelarasan pencen akan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing termasuk pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
#bantuan khas kewangan #Penjawat awam RM500 #Perdana Menteri Anwar Ibrahim #Belanjawan 2025
;