Belanjawan 2024: Pembinaan 5 stesen LRT 3 diteruskan dengan kos RM4.7 bilion
Bernama
Oktober 13, 2023 19:32 MYT
Oktober 13, 2023 19:32 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk meneruskan semula cadangan pembinaan lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) yang dibatalkan sebelum ini dengan kos sebanyak RM4.7 bilion.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lima buah stesen tersebut ialah stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik.
"Pengekalan stesen-stesen ini dijangka melengkapi dan menambah baik jaringan pengangkutan awam di Lembah Klang yang bakal memanfaatkan dua juta penduduk.
"Anggaran awal, LRT Pulau Pinang ke Seberang Perai seperti yang dirancang kerajaan negeri berjumlah RM10 bilion menurut kaedah kerjasama awam-swasta," katanya dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.
-- BERNAMA