Belanjawan 2024: Diskaun hingga 15 peratus bayaran balik PTPTN bermula esok
Umavathi Ramayah
Oktober 13, 2023 18:37 MYT
Oktober 13, 2023 18:37 MYT
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan bersetuju memberikan diskaun sehingga 15 peratus bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama lima bulan bermula 14 Oktober ini.
Beliau berkata, ia adalah selari dengan usaha kerajaan untuk membina sikap tanggungjawab dalam kalangan pelajar.
"Hutang mesti dibayar. Bagi membina sikap bertanggungjawab dalam kalangan peminjam, Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini, pada Jumaat.
Pemberian kadar diskaun adalah seperti berikut:
- Diskaun 10 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
- Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
- Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual