Belanjawan 2024: Cukai perkhidmatan dinaik kepada 8 peratus

Umavathi Ramayah
Oktober 13, 2023 09:08 MYT
Kenaikan cukai perkhidmatan itu tidak melibatkan perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bermula tahun depan, kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus pada ketika ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.
Menurutnya, kerajaan juga akan meluaskan skop perkhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke.
Selain peningkatan cukai, antara langkah reformasi percukaian lain yang akan dilaksanakan bagi meluaskan asas hasil negara adalah seperti berikut:
  • Kerajaan turut mempertimbangkan pengecualian Cukai Keuntungan Modal ke atas pelupusan saham berkaitan aktiviti tertentu seperti Initial Public Offering (IPO) yang diluluskan, penstrukturan dalaman dan syarikat modal teroka tertakluk kepada syarat ditetapkan.
  • Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang bernilai tinggi tertentu seperti barang kemas dan jam tangan berdasarkan nilai ambang harga barangan.
  • #Anwar Ibrahim #Belanjawan 2024 #cukai perkhidmatan #cukai barang kemas