Belanjawan 2023: RM102 juta bantu Dana Kandungan Digital, pacu penghasilan karya kreatif

Faida Rahim
Februari 24, 2023 17:59 MYT
RM102 juta disediakan untuk Dana Kandungan Digital bagi mempergiat pemasaran produk seni tempatan dan mendorong penghasilan lebih banyak karya kreatif. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan sebanyak RM102 juta disediakan untuk Dana Kandungan Digital bagi mempergiat pemasaran produk seni tempatan dan mendorong penghasilan lebih banyak karya kreatif.
Dalam usaha menyokong usaha penggiat seni kreatif, Kerajaan bercadang agar sumbangan kepada Tabung Komuniti Filem dan Pembangunan Filem Kenegaraan di bawah FINAS akan diberi potongan cukai.
“Selain itu, duti import dan cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran juga akan dikecualikan," ujar beliau.
Pada masa sama, Anwar turut menyentuh tentang aktiviti kebudayaan yang berperanan besar dalam melahirkan masyarakat madani yang saling menghormati dan bersatu padu.
"Ini (peruntukan) juga penting bagi menyuburkan kepelbagaian khazanah seni yang telah kita warisi zaman-berzaman. Kerajaan menyediakan dana RM25 juta bagi menyemarak kegiatan kebudayaan dan kesenian di peringkat komuniti,” katanya.
IKUTI INTIPATI BELANJAWAN 2023 DI SINI
#FINAS #Belanjawan 2023 #Anwar Ibrahim #seni kreatif
;