Belanjawan 2023: Kerajaan tambah RM500 bagi ahli kurang simpanan KWSP

Faida Rahim
Februari 24, 2023 18:25 MYT
Bantuan ini diberikan kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang RM10,000 dalam Akaun 1. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) sebanyak RM500 bagi ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun 1.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program ini akan memberi manfaat kepada hampir dua juta ahli KWSP melibatkan peruntukan hampir RM1 bilion.
“Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan.
“Bantuan ini diberikan kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang RM10,000 dalam Akaun 1 mereka,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.
IKUTI INTIPATI BELANJAWAN 2023 DI SINI
#Belanjawan 2023 #KWSP #Anwar Ibrahim #caruman tambahan kerajaan
;