Belanjawan 2023: Had pelaburan individu bagi ASB, ASB 2 dinaik kepada RM300,000

Bernama
Februari 24, 2023 20:10 MYT
Kerajaan juga bersetuju untuk meningkatkan saiz dana Amanah Saham Malaysia sebanyak RM5 bilion. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jumlah had pelaburan individu Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan ditingkatkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga bersetuju untuk meningkatkan saiz dana Amanah Saham Malaysia sebanyak RM5 bilion.
"Langkah ini bertepatan dengan usaha kerajaan dalam menyokong peningkatan ekuiti dalam kalangan Bumiputera," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
IKUTI INTIPATI BELANJAWAN 2023 DI SINI
#Belanjawan 2023 #Anwar Ibrahim #had pelaburan #Amanah Saham Bumiputera
;