Belanjawan 2023: Diskaun hingga 20 peratus bayaran balik PTPTN

Rahimah Abdullah
Februari 24, 2023 19:14 MYT
Kerajaan juga bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan.
KUALA LUMPUR : Kerajaan bersetuju memberikan diskaun sehingga 20 peratus bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan bermula 1 Mac 2023.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan juga bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan.
Langkah itu katanya, bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan.
"Permohonan penangguhan ini boleh dibuat mulai 1 Mac 2023. Ini memberi peluang (tempoh) kepada mereka untuk mendapat pekerjaan yang lumayan," katanya dalam semasa membentangkan Belanjawan 2023 di parlimen pada Jumaat.
IKUTI INTIPATI BELANJAWAN 2023 DI SINI
Dalam pada itu, Belanjawan 2023 turut menyediakan peruntukan RM15.3 bilion tahun ini, berbanding 14.5 bilion ringgit pada tahun 2022.
"Antaranya, sejumlah RM436 juta disediakan bagi membaik pulih infrastruktur dan menggantikan peralatan usang yang tidak lagi ekonomik di IPTA.
"Sejumlah RM35 juta juga tersedia sebagai dana untuk meningkatkan kesalinghubungan internet di institusi
pendidikan tinggi Malaysia di bawah program Malaysian Research & Education Network (MYREN)," ujarnya.
#Anwar Ibrahim #Belanjawan 2023 #diskaun bayaran balik #PTPTN
;