Belanjawan 2023: Bantuan Khas Aidilfitri RM700 untuk penjawat awam, RM350 bagi pesara

Astro Awani
Februari 24, 2023 10:34 MYT
Bantuan Khas Aidilfitri itu diumumkan Anwar dalam pembentangan Belanjawan 2023 sebentar tadi. - Gambar/ Jabatan Penerangan
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
Ia dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2023 sebentar tadi.
Sebanyak RM350 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan, dan bayaran akan dibuat pada bulan April.
"Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
"RM350 juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan. Insya-Allah, bayaran akan dibuat pada bulan April 2023," katanya.
IKUTI INTIPATI BELANJAWAN 2023 DI SINI
#Belanjawan 2023 #bantuan khas Aidilfitri #Anwar Ibrahim #penjawat awam