Belanjawan 2019 berteraskan AS$70 minyak mentah global

Astro Awani
Oktober 18, 2018 11:11 MYT
Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng enggan mendedahkan sebarang panduan kerangka asas Belanjawan 2019 yang bakal dibentangkan beliau pada 2 November depan. - Gambar hiasan
Belanjawan 2019 dirangka berasaskan kepada harga minyak mentah bernilai AS$70 setong, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Pada ketika ini, ia AS$70 (setong). Tapi sekarang ia melebihi AS$80. Tapi, saya fikir kita sasarkan kepada AS$70 (setong),” katanya ringkas pada sidang media selepas pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di Parlimen hari ini.
Beliau menjawab soalan wartawan yang bertanyakan berkenaan kerangka asas Belanjawan 2019 berasaskan nilai harga minyak global.
Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng enggan mendedahkan sebarang panduan kerangka asas Belanjawan 2019 yang bakal dibentangkan beliau pada 2 November depan.
#Belanjawan 2019 #harga minyak #Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 #Lim Guan Eng #Mahathir Mohamad #merancak ekonomi #minyak mentah #Rancangan Malaysia ke-11 #RMK11