Bekas Peguam Negara ketuai jawatankuasa 1MDB - Majlis Penasihat Kerajaan

Bernama
Mei 17, 2018 22:05 MYT
Abu Talib (gambar) merupakan Peguam Negara pada 1980-1993, di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4. Gambar fail
Majlis Penasihat Kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa berasingan untuk menyiasat urusan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Ia berkata bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman akan mengetuai jawatankuasa berkenaan.
“Selagi isu 1MDB tidak diselesaikan, akan wujud persoalan yang menjejaskan keyakinan rakyat ke atas kerajaan dan institusinya,” kata Majlis itu dalam satu kenyataan pada Khamis, dan menambah ia memperakui pentingnya penubuhan jawatankuasa berasingan untuk 1MDB.
Ahli lain jawatankuasa itu ialah Rakan PwC Risk Assurance Services Nik Shahrizal Sulaiman, Rakan Kanan Naqiz Partners Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar, Penasihat Kanan Financial Services Authority Indonesia Faris Rabidin dan Pengasas Pusat Bagi Menangani Rasuah dan Kroni Cynthia Gabriel.
-- BERNAMA
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #Abu Talib Othman #jawatankuasa #Nik Shahrizal Sulaiman #Penasihat Kerajaan #Siasat #Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar