Bantuan tunai: "Jangan lupakan pengguna golongan M40" - Pakar Ekonomi

Harits Asyraf Hasnan
Jun 3, 2022 14:23 MYT
Mengakui bantuan tunai kepada pengguna adalah sesuatu yang baik dan mampu mengurangkan bebanan inflasi, namun Abdul Mui'zz menegaskan masih ada isi rumah dalam kategori M40 yang mempunyai tanggungan yang ramai. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: "Jangan lupakan pengguna golongan M40," itu mesej jelas Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui'zz Morhalim.
Ia sebagai reaksi kepada keputusan kerajaan untuk menarik subsidi penternak dan menyalurkannya kepada golongan B40.
Mengakui bantuan tunai kepada pengguna adalah sesuatu yang baik dan mampu mengurangkan bebanan inflasi, namun Abdul Mui'zz menegaskan masih ada isi rumah dalam kategori M40 yang mempunyai tanggungan yang ramai.
"Penarikan subsidi ini mungkin berisiko untuk melonjakkan lagi harga jualan ayam. Namun, apa yang kami jangka, kerajaan mungkin akan pertimbangkan sebarang bantuan lain bagi memastikan bekalan ayam dalam pasaran berada pada kedudukan yang stabil.
"Ini kerana kita perlu maklum dimana barangan ini sekiranya penawaran tidak stabil, ia boleh menjejaskan harga yang dikenakan di pasaran.
"Namun dari segi bantuan yang disalurkan kepada pengguna, ini satu yang baik kerana ia dapat mengurangkan bebanan inflasi.
"Cuma saya berharap pengguna dalam kalangan M40 tidak dilupakan kerana sesetengah isi rumah ada seorang yang bekerja tetapi tanggungannya ramai," katanya dalam temu bual bersama Niaga AWANI pada Jumaat.

"Jangan lupa pengguna M40". Bantuan disalurkan kepada pengguna adalah sesuatu yang baik, mengurangkan bebanan inflasi, cuma jangan lupa pengguna M40. Ada isi rumah yang hanya seorang bekerja, tetapi tanggungan ramai, kata Pakar Ekonomi MIDF Research. #NiagaAWANI #AWANIPagi pic.twitter.com/zJB57TydYa

— Astro AWANI (@501Awani) June 3, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu memaklumkan subsidi penternak berjumlah RM720 juta sebulan tidak lagi akan diberi mulai 1 Julai, sebaliknya peruntukan itu akan disalurkan sebagai bantuan tunai kepada golongan yang memerlukan bagi menangani kenaikan harga barangan.
Kementeri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengeluarkan perincian berhubung perkara tersebut.
#subsidi penternak #bantuan tunai kerajaan #tiada lagi subsidi #bantuan M40
;