Bantuan RM500 dan RM1,000 buat pencari kerja di luar negeri bermastautin

Astro Awani
Oktober 7, 2022 16:56 MYT
Kerajaan melalui Perkeso akan menyediakan bantuan mobiliti berjumlah RM500 kepada pencari kerja yang mendapat pekerjaan di luar negeri bermastautin. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menyediakan bantuan mobiliti berjumlah RM500 kepada pencari kerja yang mendapat pekerjaan di luar negeri bermastautin.
Sementara, bantuan mobiliti berjumlah RM1,000 pula diberikan kepada pencari kerja yang berhijrah dari Sabah, Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya, umum Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
“Sejak MyStep dilaksanakan, ia telah berjaya menawarkan lebih 118,000 peluang pekerjaan. Kerajaan akan teruskan pelaksanaan MyStep dengan menawarkan 50,000 peluang kerjaya secara kontrak, merangkumi 15,000 dalam sektor awam dan 35,000 dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan).
"Tempoh pekerjaan MyStep sektor awam juga akan dilanjutkan sehbignaa 31 disember 2023.
"Sukacita juga diumumkan bermula 2023, gaji MyStep akan dinaikkan sebanyak RM100 iaitu antara RM1,500 hingga RM2,100," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2022 di bangunan Parlimen, di sini, pada Jumaat.
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz #Bajet 2023 #Malaysia Bangkit #pencari kerja
;