Bank Rakyat sedia kemudahan pembiayaan RM500 juta untuk pembeli rumah di Johor

Bernama
Mac 23, 2016 12:15 MYT
Pembiayaan ini dicadang untuk 6,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dapat memiliki kediaman masing-masing. - Gambar fail
Bank Rakyat menyediakan kemudahan pembiayaan sebanyak RM500 juta bagi mereka yang berminat memiliki rumah kos rendah dan rumah mampu milik di Johor.
Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata penawaran kemudahan pembiayaan 100 peratus itu dibuka kepada pembeli projek di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim.
Beliau berkata menerusi jalinan kerjasama antara Bank Rakyat, Yayasan Sultan Ibrahim dan kerajaan negeri ini, penjawat awam dan swasta yang layak di negeri ini boleh mengemukakan deposit pembelian serendah RM1 bagi tempahan rumah kos rendah dan mampu milik.
Pembiayaan ini dicadang untuk 6,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik bagi memastikan golongan berpendapatan rendah dapat memiliki kediaman masing-masing.
Perkara ini diumumkan ketika majlis pelancaran Model Menara Bank Rakyat Johor yang disempurnakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini.
#abdul aziz zainal #Bank Rakyat sediakan kemudahan pembiayaan RM500 juta bagi mereka yang berminat memiliki rumas kos rendah dan rumah mampu milik di Johor
;