Bank Islam Malaysia Bhd menggesa para pelanggan yang terkesan dengan pandemik COVID-19 untuk menghubungi pegawainya bagi urusan pembayaran semula pinjaman yang terbaik dengan hanya berbaki dua bulan sebelum tempoh moratorium berakhir pada 30 September, 2020.
Bank Islam berkata, para pelanggan boleh mengunjungi rangkaian cawangan bank itu di seluruh negara bermula 7 Ogos untuk membincangkan penyelesaian yang paling sesuai mengikut keadaan kewangan mereka dan melengkapkan borang permohonan untuk menikmati kemudahan tersebut.
"Dengan tempoh moratorium berakhir pada 30 September, 2020, bantuan tambahan ini bertujuan untuk meringankan kekangan kewangan pelanggan dan menstabilkan aliran tunai mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Muazzam Mohamed dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata bank itu telahpun mula menghubungi semua pelanggan melalui khidmat pesanan ringkas dan mengemas kini maklumat secara berkala di pelbagai platform komunikasi.
Di bawah bantuan pembayaran semula bersasar itu, Bank Islam menawarkan lanjutan moratorium selama tiga bulan dari penghujung tempoh berakhirnya moratorium sedia ada kepada individu yang kehilangan pekerjaan pada 2020 dan kini tidak bekerja.
Individu yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan yang signifikan akibat waktu bekerja yang dikurangkan, pemotongan gaji dan sebagainya akan ditawarkan pengurangan ansuran bulanan bersesuaian dengan pengurangan gaji, tertakluk kepada jenis pembiayaan.
Mereka juga akan ditawarkan fleksibiliti pembayaran selama enam bulan dari penghujung tempoh berakhirnya moratorium sedia ada.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 02 2020

Para pelanggan boleh mengunjungi rangkaian cawangan bank itu di seluruh negara bermula 7 Ogos untuk membincangkan penyelesaian yang paling sesuai mengikut keadaan kewangan mereka. - Gambar fail

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.

Pengkreditan bantuan awal persekolahan diperluas kepada pelbagai bank - Fadhlina
Kementerian Pendidikan memperluas pengkreditan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua bank bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan selamat.

CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Tiga syarikat perbankan umum program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.

ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.

Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.

Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.

Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.

Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.

Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.

Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.