Bank Islam naikkan kadar asas kepada 3.90 peratus

Bernama
Januari 30, 2018 04:27 MYT
BIMB ditubuhkan pada 1983 sebagai bank Islam pertama negara dan setakat ini memiliki rangkaian147 cawangan dan lebih 1200 terminal layan diri di seluruh negara. - Gambar hiasan
Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) menyemak semula Kadar Asasnya daripada 3.65 peratus kepada 3.90 peratus dan Kadar Pembiayaan Asas daripada 6.60 peratus kepada 6.85 peratus, berkuat kuasa hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Kamarudin berkata semakan semula kadar itu adalah disebabkan oleh kenaikan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus oleh Bank Negara Malaysia.
"Semakan semula terakhir Kadar Asas BIMB adalah pada 27 Julai, 2016, apabila ia disemak semula daripada 3.90 peratus kepada 3.65 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BIMB ditubuhkan pada 1983 sebagai bank Islam pertama negara dan setakat ini memiliki rangkaian147 cawangan dan lebih 1200 terminal layan diri di seluruh negara.
--BERNAMA
#Bank Islam #Bank Negara Malaysia #BIMB #kadar asas #kadar dasar semalaman #Kadar Pembiayaan Asas #Khairul Kamarudin #semakan semula