Bank Dunia semak naik unjuran pertumbuhan KDNK 2022 Malaysia kepada 6.4 peratus

Bernama
September 27, 2022 04:44 MYT
Prestasi lebih baik yang dicatatkan sektor perkhidmatan, pelancongan dan pembuatan ditambah dengan peningkatan semula yang dialami sektor pembinaan juga menyumbang kepada unjuran yang lebih baik. - The World Bank
KUALA LUMPUR: Bank Dunia menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2022 kepada 6.4 peratus daripada 5.5 peratus yang dijangkakan sebelum ini, didorong peningkatan aktiviti ekonomi pada separuh pertama.
Prestasi lebih baik yang dicatatkan sektor perkhidmatan, pelancongan dan pembuatan ditambah dengan peningkatan semula yang dialami sektor pembinaan juga menyumbang kepada unjuran yang lebih baik dan disemak semula itu, katanya semasa taklimat media secara maya bertajuk Perkembangan Ekonomi Asia Timur dan Pasifik oleh Bank Dunia pada Selasa.
Beliau berkata walau bagaimanapun, Bank Dunia menyemak turun unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi 2023 kepada 4.2 peratus daripada 4.5 peratus yang dibuat sebelumnya.
-- BERNAMA
#Bank Dunia #KDNK Malaysia #semak unjuran #unjuran pertubuhan ekonomi