Bank Dunia kekal ramalan pertumbuhan Malaysia pada 4.3 peratus tahun ini

Bernama
April 1, 2024 13:26 MYT
Bank Dunia telah mengekalkan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini pada 4.3 peratus menerusi Kemas Kini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik April 2024. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bank Dunia telah mengekalkan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini pada 4.3 peratus menerusi Kemas Kini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik April 2024 berdasarkan jangkaan kemungkinan kepada pemulihan pertumbuhan global dan keadaan kewangan yang terhad.
Ketua Ahli Ekonomi Asia Timur dan Pasifik Aaditya Mattoo berkata permintaan domestik akan terus menjadi tulang belakang pertumbuhan, dan Malaysia turut bersedia untuk meraih manfaat daripada pemulihan dalam pasaran eksport.
Penggunaan swasta dijangka meningkat 5.2 peratus berbanding 4.7 peratus pada 2023, didorong oleh keadaan pasaran buruh yang menggalakkan dan langkah sokongan pendapatan isi rumah yang berterusan.
Selain itu, eksport kasar diunjurkan naik sebanyak 4.8 peratus daripada penyusutan 7.9 peratus tahun lepas seiring dengan jangkaan pemulihan dalam perdagangan global.
"Berikutan pendedahan Malaysia kepada China, pertumbuhan perlahan di China akan menimbulkan kesulitan.
-- BERNAMA
#Bank Dunia #pertumbuhan ekonomi Malaysia #Kemas Kini Ekonomi Asia Timur dan Pasifik April 2024 #Aaditya Mattoo
;