Bajet 2023: Pelepasan cukai pendapatan RM3,000 untuk yuran taska, tadika dilanjutkan
Umavathi Ramayah
Oktober 7, 2022 17:01 MYT
Oktober 7, 2022 17:01 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 bagi bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2024.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2023 berkata, cadangan lanjutan itu untuk meringankan beban kewangan ibu bapa memberikan pendidikan awal kepada anak-anak.
Dalam pada itu katanya, kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM188 juta bagi Program Pendidikan Awal di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
"Ia termasuk 10 buah taska dengan tiga projek baharu di Port Dickson, Negeri Sembilan; Limbang, Sarawak dan Pasir Puteh, Kelantan," katanya.