Bajet 2023: 'Mudah belanjakan wang yang tiada dan buat hutang baharu' - Nga Kor Ming

Madiha Abdullah
Oktober 7, 2022 22:21 MYT
Kor Ming, yang mengakui 'bimbang dengan masa depan negara', dalam beberapa siri ciapan di Twitter. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seperti tahun-tahun sebelum ini, pembentangan Bajet 2023 hari ini mendapat pelbagai reaksi warganet. Yang mendapat manfaat pastinya 'tidak banyak bunyi', namun sebaliknya pula bagi yang merasa golongan mereka dipinggirkan.
Bagi parti pembangkang, persoalan yang ditimbulkan mereka adalah jumlah bajet yang mahal ketika negara didakwa berhadapan dengan masalah hutang.
Antaranya ialah Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, yang mengakui 'bimbang dengan masa depan negara', dalam beberapa siri ciapan di Twitter.
"Mudah untuk membelanjakan wang yang anda tidak ada dan buat hutang baharu untuk menampung hutang lama.
"Saya amat bimbang dengan masa depan negara kita yang tercinta," tulisnya.

It is always easy to spend the money you dont have and taking new debt to cover the old debt. I am very concerned with the future of our beloved nation. #belanjawan2023 pic.twitter.com/fJlqeRDG4V

— Nga Kor Ming (@NgaKorMing) October 7, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Nada yang sama diluahkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, yang menyifatkan Bajet 2023 sebagai 'bajet pilihan raya'.
"Kedengaran seperti bajet pilihan raya, banyak on-off goodies dari RM 500 hingga RM 2500.
"Sudah tentu, Belanjawan Pilihan Raya, dengan subsidi, pemotongan cukai pendapatan dan pengecualian lain.
"Tetapi apa yang tidak disebut ialah kita mempunyai hutang awam berjumlah RM1.44 trilion atau 84.2 peratus daripada Kadar Dalam Negara Kasar (Jun 2022)," katanya.

This graphic by @kuasasiswa best describes the 2023 budget announcement. Certainly, an election budget, with subsidies, income tax cuts, & other exemptions. But what was not mentioned was that we have a public debt amounting to RM1.44 trillion or 84.2% of GDP (June 2022) pic.twitter.com/Q4TXHICP7x

— Charles Santiago (@mpklang) October 7, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan sejumlah RM372.3 bilion akan diperuntukkan bagi Bajet 2023 berbanding peruntukan RM332.1 bilion tahun lepas dalam bajet sebelumnya.
"Dengan tekad: "Keluarga Malaysia, Makmur Bersama", bajet ini akan memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan," katanya semasa membentangkan Bajet 2023 di parlimen hari ini.
#Bajet 2023 #Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz #Nga Kor Ming #Charles Santiago
;