Bajet 2023: Had pegangan ASB, ASB2 dinaik kepada RM300,000 - Tengku Zafrul

Bernama
Oktober 7, 2022 17:25 MYT
Sebelum ini, pegangan ASB dan ASB2 dihadkan pada RM200,000. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jumlah had pegangan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Sebelum ini, pegangan dihadkan pada RM200,000.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan Bajet 2023 bertemakan 'Keluarga Malaysia, Makmur Bersama' di Dewan Rakyat, hari ini.
Bank Simpanan Nasional (BSN) juga akan menyediakan dana pinjaman mudah untuk membantu B40 bumiputera melabur dalam ASB dengan tawaran pinjaman pada kadar 1.5 peratus melibatkan dana RM100,000.
-- BERNAMA
#Bajet 2023 #Tengku Zafrul #ASB #had pegangan
;