Bajet 2022: Kerajaan bentang belanjawan berjumlah RM332.1 bilion, tertinggi dalam sejarah

Umavathi Ramayah
Oktober 29, 2021 16:34 MYT
Tengku Zafrul berkata, daripada jumlah itu RM233.5 bilion diperuntukkkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM75.6 bilion perbelanjaan pembangunan. - Foto Jabatan Penerangan
KUALA LUMPUR: Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membentangkan Bajet 2022 berjumlah RM332.1 bilion yang menyaksikan peruntukan tertinggi dalam sejarah belanjawan negara.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu RM233.5 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM75.6 bilion perbelanjaan pembangunan.
Bajet 2022: Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera
Sementara itu katanya, RM23 bilion lagi di bawah Kumpulan Wang COVID-19 dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangkaan.
"Sungguhpun ini merupakan bajet mengembang, defisit fiskal 2022 diunjurkan berkurang kepada 6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 6.5 peratus pada tahun 2021," katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.
#bajet 2022 #Tengku Zafrul #ismail sabri yaakob #peruntukan tertinggi
;