Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Astro Awani
Oktober 30, 2021 18:26 MYT
Oktober 30, 2021 18:26 MYT
KUALA LUMPUR: Pembentangan bajet terbesar bernilai RM322.1 bilion pada Jumaat, dengan sasaran mempercepatkan pemulihan ekonomi negara dengan majoriti peruntukan dikhususkan kepada sektor sosial, tatkala rakyat melalui fasa pemulihan daripada kemelesatan pendapatan berpunca dari gelombang COVID-19 terbaru awal tahun ini.
Nilai peruntukan terbesar itu pastinya memberikan cabaran yang besar dalam aspek perancangannya, terutama dalam memastikan setiap golongan mendapat manfaat.
Daripada jumlah tersebut, kerajaan bercadang untuk menyediakan RM233.5 bilion bagi belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan dan RM23 bilion di bawah Kumpulan Wang Covid-19.
Malam ini, eksklusif di Astro AWANI, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022, dengan fokus kepada aspek pemulihan ekonomi seperti penjanaan peluang pekerjaan, sektor pelancongan serta industri kecil dan sederhana.
Pastikan janji temu anda, 8.30 malam ini di saluran 501 Astro AWANI.