Bajet 2020: Rangka komprehensif buat petani moden
Nursyazwani Saiful Sham
Oktober 18, 2021 11:45 MYT
Oktober 18, 2021 11:45 MYT
KUALA LUMPUR : Bajet 2022 yang akan dibentangkan pada 29 Oktober nanti perlu merangkumi rangka komprehensif buat golongan petani.
Pengasas GrasiCili, Munir Asim Abdullah berpendapat, rangka tersebut bakal mempersiapkan petani moden terutamanya dalam pertanian jitu atau precision farming yang lebih menggunakan kaedah teknologi semasa.
Malah jelasnya, rangka tindakan tersebut juga perlu merangkumi perancangan memperkasakan agropreneur muda di seluruh negara.
“Kita melihat Bajet 2022 perlu ada rangka komprehensif dalam mempersiapkan petani moden, saya banya berkecimpung dengan petani muda dan mereka banyak bergantung kepada sektor precision farming.
“Selaras dengan perkara itu, empat faktor utama yang perlu diberika penekanan adalah aktiviti data (IoT), vertical farming dan tidak ketinggalan juga cluster farming.
“Ia adalah selari dengan program agropeneur untuk melahirkan usahawan petani dan perkara ini harus ada dalam Bajet 2022,” katanya menerusi program Niaga AWANI pada Isnin.
Niaga AWANI: Bajet 2022 | Fokus sektor pertanian demi sekuriti makanan
Namun, apa yang yang menjadi persoalan dalam usaha untuk merangka pelan komprehensif ini adalah kesediaan agensi dalam perkongsian platform.
Ini termasuk intergrasi dalam rantaian makanan yang merangkumi petani kecil dan syarikat-syarikat besar.
Dalam pada itu, Munir berpendapat Bajet 2022 juga perlu menekankan aspek penghasilan petani kluster kontrak dan memfokuskan kepada petani kluster automasi.