Bajet 2018 yang akan diumum Jumaat ini diharap memberi keutamaan kepada kebajikan pasangan keluarga muda yang diibaratkan 'baru mahu memulakan hidup'.
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Fahariyah Md Nordin berkata ia termasuk perhatian kepada isu syarat pemilikan rumah pertama yang kini disifatkan terlalu ketat.
"Syarat untuk memiliki rumah pertama kini terlalu ketat termasuklah pinjaman bank memandangkan isu ini sebenarnya bukan baru malah saya tidak nafikan kerajaan telah melakukan pelbagai cara bagi mengatasi masalah ini.
"Cuma apa yang saya nampak, pasangan muda menghadapi kekangan apabila berhadapan dengan syarat yang terlalu ketat dan juga tidak layak untuk membuat pinjaman bank dan akhirnya mereka terpaksa menyewa rumah yang kini harganya amat tinggi.
"Sekiranya golongan ini diberi insentif, bantuan khas atau potongan cukai untuk sekurang-kurangnya memiliki rumah pertama dalam kategori rumah kos sederhana atau mampu milik sudah pasti ini akan banyak membantu," katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Rabu.
BACA: Pra-Bajet 2018: Wajarkah desakan kenaikan kadar gaji minimum?
BACA: 'Visi ekonomi saya untuk Malaysia' - PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini membuka satu ruangan menerusi web https://bajet2018.najibrazak.com yang mengajak rakyat berkongsi cadangan mengenai Bajet 2018.
Sebanyak 13,837 cadangan rakyat diperoleh dan diteliti Datuk Seri Najib.
Dalam pada itu, kata Fahariyah, beberapa isu lain lain berkaitan keluarga muda harus diberikan penekanan seperti masalah pengurusan waktu terutamanya bagi mereka yang bekerja bukan diwaktu pejabat.
"Cadangan saya adalah kerajaan dapat menambah insentif dan perlaksanaan yang lebih berkesan dalam memastikan lebih ramai majikan menyediakan pusat asuhan kanak-kanak.
"Selain itu, saya juga mencadangkan agar kerajaan menyediakan subsidi kos yuran pusat penjagaan anak bagi golongan berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan bandar memandangkan yuran di taska dan pusat asuhan semakin melambung tinggi.
"Kerajaan juga boleh menggesa pihak majikan untuk melaksanakan dasar waktu bekerja anjal dan bekerja dari rumah kerana ini dapat membentuk pembangunan kanak-kanak yang lebih baik selain mengelak gejala sosial," ujarnya.
Bagi pendidikan dan pembangunan kanak-kanak pula, Fahariyah menyarankan kerajaan memperbanyakkan tadika kemas di kawasan bandar serta menambah peruntukan untuk membaik pulih infrastruktur tadika kemas sedia ada.
"Bagi mengurangkan kos sara hidup pula, saya mencadangkan agar kerajaan meningkatkan cukai perlepasan untuk ibubapa yang berpendapatan dari RM1,500 ke RM3,000.
"Selain itu, saya turut mencadangkan agar mengasingkan dan meningkatkan pelepasan cukai bagi KWSP dan insurans nyawa, mengecualikan cukai GST bagi barangan keperluan bulanan seperti tuala wanita, lampin pakai buang bayi serta warga emas.
"Sudah pasti pelepasan ini akan memberikan khabar yang lebih gembira kepada masyarakat kerana ia bukan tertakluk hanya kepada kakitangan kerajaan sahaja. Bajet 2018 untuk semua!" katanya.
Datuk Seri Najib sebelum ini berkata, Bajet 2018 yang bakal dibentangkan akan merangkumi aspirasi rakyat yang disampaikan menerusi siri dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Beliau berkata kerajaan tidak akan menunggu sehingga 2050 untuk melaksanakan input-input yang disuarakan menerusi siri dialog TN50, tetapi berusaha merealisasikannya secara berperingkat.
Astro Awani
Thu Oct 26 2017
FAHARIYAH: Pasangan muda menghadapi kekangan apabila berhadapan dengan syarat yang terlalu ketat dan juga tidak layak untuk membuat pinjaman bank. -Gambar hiasan
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion.
Peruntukan RM56.4 juta untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA Selangor
Peruntukan yang diterima oleh Selangor adalah sebahagian daripada RM968.77 juta kepada Jakim oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda
Penerjun muda tidak diberi kelebihan yang sama seperti atlet elit disebabkan bajet ke atas mereka sangat terhad.
#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.
Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung
Peruntukan RM500,000 yang diluluskan kerajaan pusat akan mengurangkan masalah banjir di empat buah kampung dalam DUN Duyong.
KKR tak cukup bajet untuk perhebat kerja-kerja pre-emtif - Menteri Kerja Raya
Data dan maklumat sudah ada, tapi kewangan terhad membataskan kerja-kerja kepada usaha reaktif - sudah terjadi baru dibaiki.
Perak bentang Belanjawan 2023, peruntuk RM1.19 bilion
Belanjawan Perak 2023 yang bertemakan 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera' memperuntukkan RM1.19 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada tahun depan.
Kerajaan teliti langkah terbaik kurangkan bajet defisit - Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bajet defisit dijangka pada kadar 5.8 peratus bagi 2022 dan unjuran bagi 2023 akan diumum kelak.
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar
Ringgit 'berehat' seketika daripada pergerakan rancak semalam dan dibuka hampir tidak berubah pagi ini berbanding dolar AS.
ATM perlu bajet lebih tinggi, tingkat keupayaan pertahanan negara - Panglima TLDM
Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap kerajaan baharu dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).