Bajet 2018: Pelaksanaan waktu kerja fleksibel mudahkan tugas wanita

Ayu Dewy Puspa
Oktober 26, 2017 08:21 MYT
Pelaksanaan waktu kerja yang fleksibel ini banyak dilaksanakan di negara maju dengan golongan wanita hanya bekerja selama empat jam sahaja. - Gambar fail
Salah satu 'wish list' rakyat Malaysia pada Bajet 2018 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ialah Pelaksanaan Pengaturan Kerja Fleksibel (FWA) untuk golongan wanita bekerja dalam usaha meningkatkan produktiviti negara.
Menurut Profesor Balakrishnan Parasuraman, Profesor Hubungan Industri dan Sumber Manusia Universiti Malaysia Kelantan (UMK), tenaga kerja wanita di negara ini masih rendah berbanding jumlah pelajar perempuan yang melanjutkan pengajian ke institusi awam.
Tambahnya, apabila wanita masuk ke pasaran kerja selepas menamatkan pengajian, mereka turut mempunyai tanggungjawab besar terhadap keluarga juga komitmen terhadap kerjaya.
Pelaksanaan waktu kerja yang fleksibel ini banyak dilaksanakan di negara maju dengan golongan wanita hanya bekerja selama empat jam sahaja.
Najib memberi jaminan Bajet 2018 yang bakal dibentangkan kerajaan esok, seimbang dan tidak bersifat populis serta memberi manfaat kepada rakyat.
Ingin ketahui sama ada harapan anda untuk Bajet 2018 ini akan dipenuhi, ikuti pembentangan Bajet 2018 di saluran 501 Astro AWANI dan platform Digital di http://www.astroawani.com/bajet2018.
#Bajet 2018 #Balakrishnan Parasuraman #FWA #Hubungan Industri dan Sumber Manusia #institusi awam #karier #kerjaya #Pelaksanaan Pengaturan Kerja Fleksibel #pendidikan #produktiviti #rakyat #UMK #Universiti Malaysia Kelantan #waktu kerja #wanita
;