Bajet 2018 langkah teroka masa depan negara - Hasan

Astro Awani
Oktober 28, 2017 08:00 MYT
HASAN: Inilah tunjang perpaduan nasional yang disisipkan dalam Bajet 2018 yang tak boleh dinafikan sesiapa - Gambar fail
Pengumuman Bajet 2018 adalah langkah meneroka masa depan Malaysia dengan mengutamakan perpaduan nasional yang melangkaui kaum, agama dan bangsa.
Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Seri Hasan Malek berkata, perkara itu cukup penting untuk mengelakkan perkara negatif berkaitan kesepakatan kaum yang selama ini terjalin terjadi.
"Sentimen wilayah, semangat kenegerian keterlaluan dan perkauman memungkinkan kesan negatif dan buruk terjadi bagi tempoh-tempoh mendatang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
BACA: Bajet 2018: TPM mahu ia diterjemahkan kepada rakyat
BACA: Bajet 2018 satu hikmah buat golongan pertengahan, mereka yang berkeluarga
Bajet 2018 yang bertemakan Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50
Dalam pada itu kata Hasan yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah melakar agihan baget tanpa diskriminasi termasuk kepada negeri yang hari ini dikuasai pembangkang.
"Antaranya ialah pembinaan lebuhraya pantai Barat dari Perak ke Selangor serta menarik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
"Kesemua projek ini dijalankan sejajar dengan perlaksanaan projek-projek di seluruh negara.
"Inilah tunjang perpaduan nasional yang disisipkan dalam Bajet 2018 yang tak boleh dinafikan sesiapa pun lagi," jelasnya.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, Bajet 2018 sebagai paling cemerlang semenjak Datuk Seri Najib mengetuai kerajaan.
Ahmad Zahid turut percaya, bajet menyeluruh yang dibentangkan itu juga telah menimbulkan rasa 'kecewa' dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang.
#bajet #Hasan Malek #Najib Razak #Parlimen #TN50 #Zahid Hamidi
;