Bajet 2017: Kadar GST kekal 6 peratus
Astro Awani
Oktober 21, 2016 18:10 MYT
Oktober 21, 2016 18:10 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dinaikkan.
“Jangan percaya khabar angin GST akan dinaikkan, itu cuma cakap kosong dan tidak benar sama sekali,” katanya ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Menurut beliau, GST membolehkan kerajaan menampung perbelanjaan ketika sumber lain dikurangkan.
Jelas Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan, kutipan GST sehingga 19 Oktober 2016 berjumlah hampir RM30 bilion.