Bajet 2017: Insentif diskaun untuk peminjam PTPTN

Astro Awani
Oktober 21, 2016 18:57 MYT
Dalam insentif tersebut, diskaun 15 peratus akan diberikan untuk peminjam yang melangsaikan penuh baki hutang mereka.
Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diberi insentif diskaun bagi menggalakkan mereka membuat bayaran balik.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, insentif tersebut akan berkuat kuasa esok sehingga akhir tahun depan.
Dalam insentif tersebut, diskaun 15 peratus akan diberikan untuk peminjam yang melangsaikan penuh baki hutang mereka.
Diskaun sebanyak 10 peratus akan diberikan untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
Sementara diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.
##Bajet2017 #Bajet 2017 #diskaun #insentif #Najib Tun Razak #PTPTN
;