Bajet 2016: Ringgit susut 26.4 peratus sejak awal tahun
Najib Aroff
Oktober 23, 2015 16:33 MYT
Oktober 23, 2015 16:33 MYT
Nilai ringgit terus berdepan penurunan susulan kejatuhan harga minyak mentah dunia dan harga komoditi.
Laporan ekonomi 2015/2016 menyebut nilai ringgit susut 26.4 peratus berbanding Dolar AS sehingga akhir September.
Nilai ringgit turut susut 17 peratus berbanding nilai Euro sehingga akhir September dan bagi tempoh sama juga nilai ringgit susut 19.3 peratus berbanding nilai yen.
Dalam masa sama, Bursa Malaysia turut mencatatkan penurunan kepada 1621.04 mata pada September 2015.
Nilai permodalan pasaran turut menurun dari RM1.7 trilion pada September tahun lalu kepada RM1.6 trilion September tahun ini.